Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan kesenian dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mengaktifkan e-SSeM iaitu sistem permohonan secara online ke
Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia bagi sesi persekolahan 2017.
PENGAMBILAN MURID
Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan
dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid
hanyalah ke
Tingkatan 1 sahaja.
TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.
Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian
melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan Mei hingga
September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan
Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di
http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan.
Walau bagaimanapun, murid-murid yang terlepas memohon secara atas
talian atau murid-murid yang tiada kemudahan internet, bolehlah memohon
sebagai calon
walk-in dengan mengisi borang permohonan secara manual sewaktu Sesi Serlahan Seni (SSS).
Sesi Serlahan Seni adalah proses uji bakat pemilihan murid ke SSeM yang
dilaksanakan di seluruh negara. Sesi ini biasanya dilaksanakan dalam
bulan Oktober setiap tahun sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). Calon yang memohon akan diuji bakat mereka berdasarkan bidang
kesenian yang dipohon; Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual. Panel Sesi
Serlahan Seni adalah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam salah satu
daripada empat bidang kesenian yang dinyatakan di atas.
Syarat Kemasukan
i. |
Warganegara Malaysia |
ii. |
Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dipohon
(Muzik ,Tari, Teater atau Seni Visual) |
iii. |
Tiada kecacatan |
iv. |
Lulus Sesi Serlahan Seni
|
v. |
Mendapat keputusan minima 3B Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) |
Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan
Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di
http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan.