PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR KE TAHUN SATU (1) DI SEKOLAH RENDAH KPM 2017


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan kanak-kanak di bawah umur ke tahun satu di sekolah rendah KPM telah dibuka mulai Jun – Ogos 2016.


Ibubapa/penjaga kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 hingga 15 Januari 2011, boleh membuat permohonan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut :


1. Kanak-kanak warganegara yang dilahirkan pada tarikh 02 hingga 15 Januari 2011 sahaja.


2. Ibu dan bapa atau penjaga yang sah adalah warganegara Malaysia.


3. Permohonan hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga yang sah berasaskan keperluan.


4. Hanya satu permohonan sahaja boleh dibuat bagi setiap calon.


5. Kanak-kanak sedang atau telah mengikuti kelas tadika.


6. Kanak-kanak perlu menduduki ujian saringan yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.


7. Keputusan kelulusan permohonan adalah muktamad dan tiada rayuan.


Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Masing. Tarikh tutup permohonan pada 2 September 2016.